
Sumber : Google
Aduh.
Sedih tengok keadaan dunya sekarang. Sungguh tenat. Tak heran pun, nama pun dunya akhir
zaman kan.
Lalu ,
tiada yang bisa mengubahnya melainkan ubah diri sendiri sebagai
permulaannya. Sebagaimana yang telah disebutkan dalam kitabullah [13:11] : "Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri".
Aku pun ambil keputusan nak berhenti belajar di IPTA.
Aku nak
belajar di pondok sahaja. Belajar kitab-kitab lama. Cuba dapatkan title hafiz
Ikhwan,hafal 30 juzu'.Fuhh…. Emm niat macam dah suci ni.
"Umi
, nak habaq something ni."
"Padia
?"
"Wan
rasa nak beghenti belajaq kat U. Paihtu Wan nak belajaq kat pondok ja."
"Awat
tetiba hang ni. Buang tabiat kah ?"
"Takdak
tabiat mana pun mie. Cuma Wan nak lebihkan belajaq ilmu akhirat."
"Hang
jangan jumud sangat boleh dak. Hang pikiaq belajar kat U tu bukan ilmu akhirat
kah ? Bukan fardu ain ke tu ? Itu pun ilmu Allah jugak kan…. Dah2 . Baik hang
belajaq pandai2. Dapat kan keputusan cemerlang lepaihtuh carik kerja baguih2.
Haaa jadi dokta kah, enginiar kah ataupun pensyarah mendidik anak bangsa. Itu
pun dah kira berbakti pada agama."
"Hang
paham ke dak ?"
Haha.
Gelak untuk diri sendiri. Jumud ? Aah eh kenapa aku berfikiran macam tu. Padan
muka kena brainwash dengan mok sendighi. Sengih .
Angguk.
" Faham mie."
No comments:
Post a Comment