Saturday, 14 November 2015

Hunter


Sumber : Google




Bayangkan kau seorang pemburu burung.
Pergi hutan mencari mangsa.
Ternampak seekor hinggap di atas dahan sebatang pokok.


Persoalannya , adakah kau terus tembak burung tersebut atau kau akan biarkan ia terbang pergi ?

Aku sengaja menjawab, 
"Aku pemburu yang baik mungkin aku akan biarkan ia terbang pergi."

Dia rasa tidak puas hati,

"Janganlah begitu. Bayangkan pemburu tersebut ialah kau, burung tadi ialah Hidayah Allah dan dahan sebatang pokok tadi hati kau. Secara logiknya apabila burung sudah hinggap pada dahan sebatang pokok lalu terbang pergi, jarang kita nak tengok dia akan hinggap kembali pada dahan pokok yang sama.Sama lah macam Hidayah Allah. Kalau kita tak gapai saat dia datang malah bertangguh-tangguh untuk berubah, kau akan menjadi manusia yang paling rugi. Nak ke dapat label cam tu ?"

Monday, 12 October 2015

JUMUD



Sumber : Google



Aduh. Sedih tengok keadaan dunya sekarang. Sungguh tenat. Tak heran pun, nama pun dunya akhir zaman kan.

Lalu , tiada yang bisa mengubahnya melainkan ubah diri sendiri sebagai permulaannya. Sebagaimana yang telah disebutkan dalam kitabullah [13:11] : "Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri"

Aku pun ambil keputusan nak berhenti belajar di IPTA.
Aku nak belajar di pondok sahaja. Belajar kitab-kitab lama. Cuba dapatkan title hafiz Ikhwan,hafal 30 juzu'.Fuhh…. Emm niat macam dah suci ni.

"Umi , nak habaq something ni."

"Padia ?"

"Wan rasa nak beghenti belajaq kat U. Paihtu Wan nak belajaq kat pondok ja."

"Awat tetiba hang ni. Buang tabiat kah ?"

"Takdak tabiat mana pun mie. Cuma Wan nak lebihkan belajaq ilmu akhirat."

"Hang jangan jumud sangat boleh dak. Hang pikiaq belajar kat U tu bukan ilmu akhirat kah ? Bukan fardu ain ke tu ? Itu pun ilmu Allah jugak kan…. Dah2 . Baik hang belajaq pandai2. Dapat kan keputusan cemerlang lepaihtuh carik kerja baguih2. Haaa jadi dokta kah, enginiar kah ataupun pensyarah mendidik anak bangsa. Itu pun dah kira berbakti pada agama."

"Hang paham ke dak ?"

Haha. Gelak untuk diri sendiri. Jumud ? Aah eh kenapa aku berfikiran macam tu. Padan muka kena brainwash dengan mok sendighi. Sengih .


Angguk. " Faham mie."

Tuesday, 6 October 2015

TIN KOSONG



Sumber : Google


"Kau ni macam tin kosong lah."

 "Pasal pulak samakan aku dengan tin."

   "Bunyi lebih , dalamnya kosong."

 
Hmm. Suka ke kita bila orang samakan kita dengan tin yang isinya kosong. Bila jatuh ke lantai bunyi nya Masha Allah terkejut makcik-makcik sampai melatah. Mestilah enggak mau !

Jadilah logam yang sentiasa memberi manfaat pada orang lain bukan buih yang memutih tapi akan pecah bila-bila masa.

Kerna hidup ini bukan untuk kita seorang tapi untuk orang sekeliling. Takkan nak masuk Surga sorang-sorang kut. Ait, macam selfish je bunyi dia kan ? Mesti nak bawak orang yang terchenta.

Dah tu tak reti nak ajak depa sekali ? Kau dapat tarbiyyah pastu perap sorang-sorang. Nak buat pekasam ke simpan lama-lama.

Nak buat apa ? Sebarkan lah apa lagi. Kan Nabi kita dah bersabda : " Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat."

Haa memang hadith cliché pun tapi apa payah sangat nak ikut. Nak ke kat Akhirat nanti. Dah dapat tiket Surga tapi dicampak ke Neraka kerana dekat dunya buat amal sorang-sorang tapi tak pernah ajak orang lain.  Amboi-amboi.

Cammon . Benda simple tapi dipandang remeh oleh orang kebanyakan. Kenapa eh ?

Peringatan pada diri yang hina ini juga. Ingat ! Tak mau jadi TIN KOSONG. Kencang dalam tarbiyyah tapi tak menyampaikan.


Sia-sia beb.